Anda pernah dengar nama-nama negara ini,mungkin pernah atau
pertama kali dengar, percaya atau tak negara-negara ini sangat
kecil,namun mempunyai kedaulatannya sendiri, mempunyai bendera dan
sempadan mereka sendiri. Jom kita siasat,mungkin juga ia merupakan nama
negara yang pelik dan pertama kali anda dengar
Maafkan saya, bukan mahu mempromosi atau apa, tetapi sekadar pengetahuan geografi, inilah negara paling kecil di dunia. Terletak di tengah Rome Itali, dengan penduduk hanya 700 orang, berkeluasan 0.7 batu persegi sahaja.
No 1 Vatican
Maafkan saya, bukan mahu mempromosi atau apa, tetapi sekadar pengetahuan geografi, inilah negara paling kecil di dunia. Terletak di tengah Rome Itali, dengan penduduk hanya 700 orang, berkeluasan 0.7 batu persegi sahaja.
No 2 Monaco
Bendera Monaco (Merah putih )
Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 0.7 batu persegi atau 1.98 km persegi. Jumlah penduduk anggaran 35 ribu orang ( 2011 ). Bersempadan dengan negara Perancis.Ibu negara Monte Carlo.Bahasa utamanya ,Perancis.Merupakan negara kesatuan dan raja berpelembagaan. Namun dikenali bagi kaki judi, kerana di sini terdapatnya Kasino Monte Carlo.
No 3 Nauru
Merupakan sebuah pulau, dan mempunyai stok fosfat yang besar. Jumlah penduduk hanya seramai 13 ribu orang.Diiktiraf sebagai negara republik paling kecil di dunia. Merdeka sejak 1968. Lokasinya terletak di selatan lautan pasifik. Mempunyai pengaruh Australia yang kuat, contohnya menggunakan matawang Australia.
No 4 Tuvalu
Sebuah pulau yang terletak diantara Hawaii dengan Australia,merupakan pulau Polynesia,Jirannya negara kat atas, Nauru. Hanya berkeluasan 9 batu persegi, atau 26 km persegi. Ibu negara Funafuti.Negara mengamalkan sistem beraja berparlimen. Sebenarnya terdiri dari 9 pulau batu karang.
No 5 San Marino
Bendera San Marino
Lokasi San Marino
Terletak di sempadan utara Italy,benua Eropah.Merupakan negara republik dan menggunakan matawang euro.Dikatakan negara tertua di Eropah. Jumlah penduduk sekitar 29 ribu orang (2011). Ibu negaranya ialah San Marino City.
No 6 Liechtenstein
Menggunakan bahasa German.Negara ini terletak di antara Switzeland dan Austria.Merupakan negara Kesatuan berparlimen dan raja berperlembagaan. Merupakan negara mempunyai keluasan 160.475 km persegi, dengan jumlah penduduk seramai 36 ribu (anggaran tahun 2011 ). Ibu negara bernama Vaduz
Bekas tanah jajahan USA, merdeka sejak tahun 1986. Mempunyai anggaran penduduk seramai 68 ribu orang.Keluasan negara ini 181 km persegi. Merupakan kawasan batu karang yang besar.Ibu negaranya Majuro.
No 8 Saint Kitts and Nevis
Merupakan
tanah jajahan British Perancis. Terdiri dari 2 pulau yang mempunyai
keluasan 261km persegi sahaja dengan penduduk dianggarkan seramai 51300
orang. Merdeka dari British sejak tahun 1983.Ibu negara dinamakan
Basseterre.
No 9 Ceychelles
Merupakan negara terkecil di kawasan benua Afrika. Terletak berhampiran dengan Madagasgar.Jumlah keluasan 451 km persegi.Merupakan negara republik dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 84 ribu orang. Merdeka dari British sejak 1976 lagi. Ibu negaranya ialah Victoria
No 10 Maldevis
Rasanya mungkin anda pernah dengar nama ini. Merupakan sebuah pulau dan menjadi negara yang paling kecil di Asia.Islam merupakan agama rasmi negara yang terletak antara India dan Sri Lanka ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang dengan keluasan negara mereka 298 km persegi. Ibu negaranya ialah Male.Merdeka dari jajahan British sejak 1965 lagi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar